Monday, January 26, 2009

ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Terbitkan makna dalam Kita mengerjakan solatSemoga dengan memahami bacaanAkan membuat Kita lebih khusuk dalam solat.Allah Maha Besar(Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,Ibadatku,Hidupku,MatikuAdalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidakMenyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku
DanMaafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah sertaKeberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu .....namun tak pula aku sanggupke NerakaMu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

AKAN KU SAMPAI KAN WALAU SEBARIS AYAT....




chioaz!!!

Tuesday, January 13, 2009

PILIHLAH SYURGA DAN BUKANNYA NERAKA!!!

Sucikanlah 4 hal dgn 4 perkara :

* Wajahmu dgn linangan air mata keinsafan
* Lidahmu basah dgn berzikir kpd Penciptamu
* Hatimu takut & gementar kpd kehebatan Rabbmu.
* Dosa2 silam disulami dgn taubat kpd Dzat yg memilikimu. " sampailah walau satu ayat "



~ Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sbb di pertghan jln kita bertemu Izrail.
~ Siapa tahu, hari ini hari terakhirkita berjumpa pasangan kita sbb di pertghan jln dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Utk yg beriman, mcm 700 pedang yg tajam mencucuk kamu dlm semua arah.
Yang x beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar yg tumpul tu.



Pisau tu menetak kepala kita macam mana org memecahkan tempurung kelapa.
Kepala kita dikopak dua, dipisahkan dgn kasarnya ketika kita masih hidup.
Lepas tu dikapak-kapak kepala kita mcm tembikai.
Itu baru bab kepala. Belum lagi masuk tangan, kaki, badan, etc...



Wallahualam...






chioaz!!!

ANDA MUNGKIN TIDAK MEMPERCAYAINYA!!!

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KE-2.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KE-3.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KE-4 .
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KE-5.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KE-6.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KE-7..
Percayailah cinta pandang pertama.

KE-8..
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KE-9.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KE-10.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KE-11.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KE-12.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KE-13.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KE-14.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KE-15.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KE-16.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KE-17.
Berpeganglah kepada tiga R:
1.Rasa hormat pada diri sendiri;
2.Rasa hormat kepada orang lain;
3.Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KE-18.
sahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KE-19.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KE-20.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KE-21
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

KELEBIHAN WANITA

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik drpd 70 org wali.
2. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk drpd 1000 lelaki yg jahat.
3. Dua rakaat solat drpd wanita yg hamil adalah lebih baik drpd 80 rakaat solat wanita yg tidak hamil.
4. Wanita yg memberi minum susu kepada anaknya drpd badannya (susu badan) akn dpt satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya.
5. Wanita yg melayan dgn baik suami yg pulang ke rumah di dalam keadaan letih akn mendapat pahala jihad.
6. Wanita yg habiskan malamnya dgn tidur yg tidak selesa kerana menjaga anknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
7. Wanita yang memandang suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah penuh rahmat.
8. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar berjuang ke jln Allah dan kemudiannya menjaga adab rumahtangganya akn masuk syurga 500 tahun lebih awal drpd suaminya, akn menjadi ketua 70,000 malaikat & bidadari, dan wanita itu akn dimandikan di dalam syurga dan menunggu suaminya dgn menuggang kuda yg dibuat drpd yakut.
9. Wanita yg x cukup tidur pada mlm hari krn menjaga ank yg sakit akn diampunkan oleh Allah akn seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
10. Wanita yg memerah susu binatang dgn "bismillah" akn didoakan oleh binatang itu dgn doa keberkatan.
11. Wanita yg menguli tepung gandum dgn "bismillah", Allah akn berkatkan rezekinya.
12. Wanita yg menyapu lantai dgn berzikir akn mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
13. Wanita yg menjaga solat, puasa, dan taat pada suami, Allah akn mengizinkannya utk memasuki syurga dari mana-mana pintu yg dia suka.
14. Wanita yg hamil akn akn dapat pahala berpuasa pada siang hari.
15. Wanita yg hamil akn dapat pahala beribadat pada malam hari.
16. Wanita yg bersalin akn mendapat pahala 70 tahun solat & puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
17. Sekiranya wanita mati dlm masa 40 hari slps bersalin, dia akn dikira sbg mati syahid.
18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat, akn mndpt pahala 12 tahun solat.
19. Jika wanita menyusui anknya smpi cukup tempoh 2 1/2 thn, maka malaikat2 di langit akn khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
20. Jika wanita memberi susu badan kpd anknya yg menangis, Allah akn memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
21. Jika wanita memicit suaminya tanpa disuruh akn mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akn mendapat pahala tola perak.
22. Wanita yg meninggal dunia dgn keredhaan suaminya akn memasuki syurga.
23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah, akn mendpt pahala 80 tahun ibadat.
24. Semua org akn dipanggil utk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akn dtg sendiri kpd wanita yg memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dgn istiqamah.

Pandangan :
Amatlah mudah bg seseorg wanita utk menjejak syurga. Namun begitu, mengapa terlalu ramai yg masih hidup dalam kejahilan?



chioaz!!!

Friday, January 9, 2009

TESTING GAMBAR...

this is my brother..dia yang paling mnja dlm family aq...comel x??




chioaz!!!

Monday, January 5, 2009

Alhamdulillah....akhirnya sekolah dh dibuka semula....dh lebih sebulan ddk kt umah yg hanya mkn,,tdow,,n wat ntah pape keje lagi yg x berfaedah.....agak membosankan jgk la cuti sekolah yg dh lebih sebulan nie....lps ni kena fokus kt pelajaran coz thn nie aq nk kna ambik peksa SPM...kena pulun habis2 la.....pagi pegi skolah,,ptg ada kls tmbhn smpi kul lima,,balik riex jap,,mlm g tuisyen smpi kul 10 mlm....balik tuisyen trus tidow le...itu la rutin aq sepanjang waktu persekolahan bagi sesi 2009....aq pon dh pnt,, so aq blah dlu r....





chiaoz!!!